Monday, March 29, 2010

SEKOLAH AGAMA FELDA SUNGAI MAS



Sekolah Agama Felda Sungai Mas










Terletak di kawasan yang strategik di mana kawasannya yang berdekatan dengan jalan, memudahkan orang ramai mengenalinya. Sekolah ini merupakan sekolah yang mula-mula dibina diantara 3 kawasan sekolah yang terdapat di sekitarnya. Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1978, pada mulanya bangunan ini hanya 1 tingkat sahaja, dimana ianya dibina oleh penduduk setempat secara bergotong royong. Kini 2 bilik dari bangunan lama telah dijadikan pejabat serta bilik guru. Dan sebahagiannya dijakdikan kelas dan stor simpanan barang-barang serta kedai sekolah.

Pada tahun 1987 pula, bangunan 2 tingkat telah dibina iaitu blok B, manakal blok C dibina pada tahun 1998, bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Asmoni Bin Salim. Bangunan ini merangkumi 15 buah bilik. 14 antaranya adalah bilik darjah manakala sebuah bilik lagi dijadikan surau perempuan.
Selain itu, terdapat sebuah surau untuk pelajar lelaki untuk mengerjakan solat serta terdapat kolam ikan dan lanskap yang bermotif kan tumbuhan hijau. Sebuah kantin juga telah dibina untuk pelajar dan guru berehat
Pada tahun 2008, telah dibina 1 lagi bangunan iaitu pusat sumber dan bilik SWK serta mengandungi bilik rawatan. Tenaga pengajar yang terdapat di sekolah ini
seramai 12 orang.
OBJEKTIF
vMelibatkan murid-murid dalam kurikulum dan
ko-kurikulum di sekolah.
v Meningkatkan prestasi guru, murid serta sekolah yang
berkesan.
v Mewujudkan hubungan baik antara sekolah dan
masyarakat
v Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
v Melahirkan pelajar yang sempurna didunia dan akhirat

Misi Sekolah
Menjadikan Sekolah Agama Sg Mas Gedung Ilmuan Yang Menjadikan Pelajarnya Berilmu, Berketerampilan, Berwawasan, Berakhlak Mulia Dan Bertanggungjawab Ke Arah Ketakwaan Kepada Allah Dan Mencapai Hasrat Falsafah Pendidikan Negara
Visi Sekolah
Pendidikan Yang Mesra Dan Berterusan Bagi Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang